Saturday, September 26, 2009

Live Music at City Fan, Miri

Date : 26/09/2009
Location : City Fan, Miri
Event: Live Music
Karlos & Freinds
video
Sorry, audio kurang memuaskan ~ Nikon D90



Sunday, September 6, 2009

Model / Car Shoot ~ RX8

Date : 06/09/2009
Location : Marina Bay area
Owner of the car/Model : Syejia & hubby.

Thanks to owner/model(orang yang sama) giving me the opportunity to shoot their RX8.









Saturday, August 29, 2009

Model Shoot: Clarish & Syejia

Date:29/08/2009
Location : Fly Over Bulatan Park, Miri
Model : Clarish & Syejia









Friday, August 14, 2009

Car Shoot With Model Caroline Yii

THANK YOU SO MUCH TO ORGANISER/MODEL AND FRIENDS
Date: 14-08-2009
Organiser : Caroline Yii
Model : Caroline Yii
Location : Miri Stadium



THANKS FOR VIEWING

Sunday, August 9, 2009

Model Shoot ~ Daphne Jade & Jenny

THANKS YOU SO MUCH TO ORGANISER/FRIENDS AND MODELS
Date: 09-08-2009
Model : Daphne Yii, Jade Chan and Jenny Wong
Organiser : Mr Peter Ng
Lacation : Some where in Tanjong Lobang













THANKS YOU SO MUCH FOR VIEWING

Saturday, August 8, 2009

Street Shooting With Karlos & Malcolm

Date: 8.8.09 Location: Miri City. Kali ni shooting di jalanan saja. Terima kasih kawan photog Mr Karlos and Malcolm kerana turut serta dalam misi ini. Sebenarnya ramai yang dijemput, tp last minute tak dapat datang. Jadi kami bertiga cuma berjalan disekitar Taman Herba dan Imperiall Mall saja.


Building & Landscape with fish-eye 16mm.


Sunset di Imperiall Hotel


Perspektif


Close-up

Monday, July 27, 2009

Model Shoot~Crystal, Judy and Angel

THANK YOU SO MUCH TO ORGANISER/FRIENDS AND MODEL
Date: 26-07-2009
Organiser : Shawn Wong
Models : Crystal Chai, Judy Tuh and Angel Wong.
Location : Piasau Boat Club, Miri.

Sunday, July 26, 2009

Model Shoot ~ Clarish & Friends Part 1

Photoshoot dengan model adalah satu kemestian untuk menjadi portrait photographer even wedding photographer. Portrait photography adalah satu genre photography yang sangat diminati dan luas kerjayanya.
Kali ini saya berpeluang buat shoot dengan Clarish dan Joyce sebagai model. They are good, talented and committed dengan apa yang mereka perlu lakukan. Walaupun they'r amature, tp act like pro!. Congratulation and big thanks to them both.


Joyce & Clarish















Thank you, happy surfing..

Model Shoot ~ Clarish & Friends Part 2

On 25.7.2008, another photo shoot with Clarish Zyra Tan. Kali ini dia bawa bersama adiknya dan kawan-kawan. Terima kasih kepada models ini dan saya mohon maaf sekira ada sesuatu dalam photo yang tidak menyenangkan(terus hubungi saya segera). Saya berharap akan dapat bekerjasama lagi dimasa hadapan..


Ini adalah photo yang saya pilih sebagai artistik.


















Monday, July 20, 2009

Model Shoot ~ Elmira Goh

Lama tak shoot model. 19.7.2009 baru ada peluang buat shoot dengan undangan kawan-kawan. Thanks to Shawn Wong and Eddy for the invitation. Special thanks also to Ms Elmira Goh kerana jadi model kali ini.

Tuesday, June 30, 2009

Ngiling Bidai at East Wood Valley, Miri

The beauty of multicultural in Sarawak Borneo! Inilah ungkapan yang sangat sesuai bagi mengambarkan keharmornian etnik berbilang bangsa di Bumi Kenyalang ini. Gambar-gambar dibawah boleh menceritakan betapa One Malaysia telah ujud di Sarawak sejak berdekad lamanya. Kelainan adat resam, budaya dan bahasa tidak membataskan berbagai etnik ini menikmati kemakmuran dan persefahaman yang tidak tergugat sekian lama.
Untuk post kali ini, saya ingin membawa sedikit kisah budaya kaum Dayak yang merangkumi beberapa etnik iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Pada setiap tahun bila habis musim menuai, secara tradisinya, kaum Dayak akan meraikan perayaan Gawai Dayak atau pesta menuai tanda kegembiraan dan kesyukuran terhadap hasil tanaman yang lumayan. Perayaan ini juga bukan hanya diraikan oleh kaum-kaum ini sahaja, malah etnik lain yang bermastautin di Sarawak juga bersama-sama merasai kemeriahannya. Pesta gawai ini berakhir dengan adat Ngiling Bidai/Tikai tanda waktu berpesta telah tamat.


Pelbagai etnik dengan pakaian tradisional masing-masing.


Lelaki suku kaum Iban dengan pakaian pahlawan.


Begitu juga dengan Orang Ulu dengan pakaian tradisional yang tersendiri.


Suku kaum Bidayuh



Pakaian traditional Iban


Ngajat atau tarian perang Orang Ulu.



Tarian oleh suku kaum Lunbawang


Satu dari upacara yang dianggap penting dalam masyarkat Iban semasa Ngiling Bidai adalah Netas Ranyai iaitu mengambil makanan yang tergantung di satu pokok sambil menepis segala rintangan yang sengaja dibuat supaya penduduk yang meraikan dapat menunjukan kehandalan masing-masing menempuh dugaan.


Sebagai tanda tamatnya pesta gawai, upacara ngiling bidai(mengulung tikar) akan dijalankan.

Monday, June 29, 2009

A Visit To Boniface Bada's Long House - Suai

Monday 29.6.2009 saya mengikuti rombongan pameran jabatan-jabatan kerajaan melakukan pameran sebuah rumah panjang iban Rh.Boniface Bada ak Enjah di Ulu Suai, Bakong Miri. Pameran adalah berkenaan anti dadah yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk merakamkan culture dan orang-orang pedalaman Sarawak yang secara tradisinya masih memegang teguh adat istiadat kaum masing-masing contohnya disini adalah kaum Iban. Dalam adat Iban, tetamu yang datang terutama yang berprofil tinggi akan disambut dengan penuh adat. Kedatangan akan disambut dengan tarian Ngajat iaitu tarian tradisional kaum Iban dan tetamu atau 'temuai' akan dihidangkan dengan minuman air berkat atau 'aik pengayu' dalam bahasa Iban. Ketika inilah kita dapat melihat keunikan pakaian tradisi mereka ini.


Gadis-gadis Iban mengenakan pakaian tradisi mereka. Kebiasaannya, pakaian ini ditenun oleh penduduk tempatan.



Kaum lelaki Iban juga mempunyai pakaian tradisi tersendiri. Tetapi semasa lawatan ini, penduduk disini tidak mengenakan sepenuhnya pakaian tradisi mereka. Walau bagaimanapun, anda akan dapat melihat pakaian tersebut dalam post saya yang akan datang yang dirakam pada event yang berlainan.









Sunday, June 21, 2009

Pakaian Traditional Kaum Iban - Helena Henry

Sunday 21 June 2009, Ms Helena menjemput saya untuk photoshoot pakaian traditional kaum Iban. Ini adalah first time dia mengayakan pakaian traditional ini. Malangnya cuaca hari tu tidak mengizinkan shooting diluar..hujan turun sebaik saya tiba di rumah beliau. Untuk tidak mensia-siakan perjumpaan ini, saya buat keputusan buat diperkarangan rumah beliau dengan lens wide angle 16-85mm(portrait with wide angle?) kerana tiada ruang untuk lens yang lebih panjang. Hasilnya tidak menghampakan.






Shoot pada masa yang sama dengan pakaian moden.
Thanks to Ms Helena.

Tuesday, June 16, 2009

Back From Batang Ai

Balik dari mengikuti Treasures of the rainforests photography challenge and conference, saya memandu kenderaan sendiri. Berangkat dari Kuching kira-kira jam 8.00am dan dijangka tiba di Miri kira-kira 12 jam kemudian. Sambil memandu, memerhati kiri kanan sepanjang perjalanan dengan harapan terjumpa pemandangan yang menarik untuk dirakam. Malangnya cuaca panas terik telah dicemari dengan keadaan 'hazy' pada sebelah pagi terutama sepanjang jalan Kuching-Sri Aman.



Satu pemandangan sawah padi tak jauh dari Serian(pagi)


Mount Hosanna Chapel di km34 jln Kuching-Sri Aman(tengahari)


Sunset di jln Bintulu-Miri (Dah senja lum juga sampai di Miri. Dari sini ada lebih sejam perjalanan lagi..)

Monday, June 15, 2009

Day 4 Treasure of the Rainforests Photography Challenge & Conference

Day 4 adalah hari terakhir peserta berada di Hilton Batang Ai Resort. Agenda pada hari ini adalah speech terakhir dari Pro Saiful Nang berkaitan perjalanan yang perlu ditempuh oleh beliau sebelum bergelar photographer terkenal. Pada masa yang sama, peserta telah diberi masa untuk menghantar photo penyertaan untuk pertandingan 'photography challenge', iaitu acara kemuncak pada hari ini. Semua penyertaan akan di adili oleh semua speaker pro yang menjadi penceramah sepanjang TOTR ini dijalankan. Mereka adalah Alvin Leong, Jim Liaw, Yusuf Hashim, Saiful Nang, Jason Victor, Jimin Lai, Patrick Low dan Zung.


Minum pagi pada hari terakhir bersama Anthony(Miri) dan Stephen(Australia)


Speech terakhir oleh Saiful Nang


Speakers(from left): Yusuf Hashim, Jason Victor, Patrick Low, Zung, Alvin Leong, Jimin Lai, Saiful Nang and Jim Liaw


Kemesraan terjalin erat dan ini lah masanya untuk 'having fun' sebelum masing-masing kembali ke tempat sendiri.


Batang Ai Lake


Heavenly sunlight shaft




Saat yang dinantikan oleh perserta iaitu keputusan pertandingan photo. Pada pertandingan ini, photo terbaik akan menerima wang tunai RM2,500.00 berserta photo printer 'Selphy' tajaan Canon. Tempat kedua akan menerima RM1,500.00 serta printer dan tempat ketiga RM1,000.00


The result is; Champion- Edwin Tan dari Kuala Lumpur, kedua-saya dan tempat ketiga dimenangi oleh Shen dari Kuching.


Photo yang memenangi tempat kedua.